Wednesday, February 25, 2015

Anwar mengalami jalan sukar untuk pengampunan


Ulasan DBS:
melihat carta di atas memang sukar untuk DSAI.Fikir-fikir renung2kan

Tuesday, February 24, 2015

Anwar Minta Ampun YDP Agong


Anggota keluarga ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong berhubung sabitan kes Liwat II.


Anggota keluarga Anwar muncul di Istana Negara hari ini bagi mengemukakan permohonan itu.

Seorang anak perempuan Anwar, Nurul Nuha mengesahkan perkara itu.

"Satu rayuan untuk mendapatkan Pengampunan Yang di-Pertuan Agong sudah dikemukakan.

"Mahkamah mungkin menjatuhkan hukuman bersalah namun bapa kami dan keluarga kami tetap menyatakan bahawa beliau tidak bersalah.

"Selari dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, kami berharap agar institusi diraja akan memberi pengampunan atas nama keadilan dan berdasakan semua fakta.

"Kami juga akan meneruskan sehabisnya apa jua cara yang diperuntukkan bagi rakyat negara ini," kata Nurul Nuha dalam kenyataannya.


Sumber : Malaysiakini

Ulasan DPS: Konflik dalaman PKR semakin parah Puak Azmin Ali Mahu rampas Kuasa
Tunggu dan Lihat permainan seterusnya

Tuc Tok Usin Ceroi popular bongkar klip mat sabu mahu guling TGHH
























Laman Tuc Tok Usin : https://www.facebook.com/nates.umgok?ref=eyJzaWQiOiIwLjQyMDMzNTg5NDY4MzM3NTk1IiwicXMiOiJKVFZDSlRJeVZIVmpKVEl3Vkc5ckpUSXdWWE5wYmlVeU1FTmxjbTlwSlRJeUpUVkUiLCJndiI6Ijk0YWQwYTU1MTZkN2E4ZDdhOGFlZmIyZjgzYWFmMmU4ZTQyNGIyNTYifQ

secara tiba-tiba pupular setelah masuk Buletin utama tv3

Saturday, February 21, 2015

Melayu Hilang Di Johor?

SITUASI proses permodenan yang telah bermula sejak tahun 1930 telah berlanjutan selepas Malaysia memperoleh kemerdekaan sehingga kini yang mana mewujudkan sistem kapatalisme di kawasan bandar dan penghakisan pemilikan harta orang Melayu khususnya di kawasan bandar besar.

Menurut Pengarah Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Kassim Tukiman, ini ditambah lagi dengan situasi yang berlaku di Johor yang agak liberal apabila turut membenarkan warga asing terutamanya di kalangan rakyat Singapura memiliki harta di negeri ini berikutan kuasa beli mereka besar meskipun tertakluk kepada syarat tertentu terhadap pembelian itu.

“Sejarah juga membuktikan bahawa orang Melayu juga telah memiliki hartanah tetapi ianya telah dijual untuk pembangunan tertentu. Oleh sebab itu telah diwujudkan kawasan lingkaran Melayu di Johor Bahru membabitkan kawasan Kampung Melayu, Kampung Sungai Danga dan sebagainya bagi membolehkan orang Melayu terus memperoleh manfaat pembangunan.

“Kerajaan negeri turut mencadangkan agar agensi tertentu seperti Perbadanan Johor, Majlis Agama Islam Johor (Maij), Uda Holdings Bhd (Uda) dan lain-lain memainkan peranan secara langsung dalam situasi ini.

“Mereka telah digalakkan agar membeli hartanah seperti premis perniagaan untuk disewakan kepada orang Melayu di kawasan bandar baru supaya orang Melayu dapat menaik taraf dan bersaing dengan keadaan ekonomi,” katanya.

Proses urbanisasi jangan sampai pinggir Melayu

Kassim berkata, namun demikian usaha kerajaan yang turut membina rumah mampu milik hanya dapat dinikmati segelintir golongan di kalangan Melayu disebabkan ketidakmampuan mereka memiliki aset sendiri berikutan harga pasaran semakin meningkat dari semasa ke semasa.

“Suasana kini telah berubah apabila peluang orang Melayu untuk memiliki rumah teres atau rumah atas tanah (landed) semakin berkurang. Mereka kemudiannya beralih memilih rumah flat yang bersesuaian dengan kemampuan mereka sahaja.

“Jika tidak melakukan survival ia turut akan menjejaskan banyak perkara termasuk pola ekonomi, politik dan sebagainya. Keadaan ini telah mulai berlaku seperti di Pontian, Batu Pahat, Muar dan sebagainya apabila kepimpinan turut beralih arah.

“Ini ditambah proses perbandaran pada masa kini turut menambah jurang antara orang Melayu dan bukan Melayu. Kita tidak menolak pembangunan tetapi proses urbanisasi yang dilakukan jangan sampai menenggelamkan orang Melayu,” katanya.

Beliau berkata, isu pemilikan hartanah yang dihadapi di Johor Bahru turut memberi kesan kepada bandar lain di negeri ini termasuklah Kulaijaya, Kota Tinggi, Segamat Kluang, Muar dan sebagainya.

“Penaiktaraf Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran di kawasan terlibat turut mempengaruhinya berikutan proses urbanisasi ini turut berlaku di kawasan yang sedang membangun.

“Justeru, program Muafakat Johor yang dilakukan kerajaan negeri kini amat digalakkan yang mana penekanannya dizahirkan dalam pengagihan ekonomi, pemilikan dan kehidupan bermasyarakat yang diharap memberi manfaat kepada orang Melayu,” katanya.
Sumber : Sinar harian

Ulasan DPS:
Pihak bertanggungjawab perlu tingkatkan usaha untuk majukan ekonomi bumiputra dan beri kemudahan untuk memiliki hartanah dalam harga mampu milik

Saturday, February 14, 2015

Mejar Zaidi Pilih Sertai PAS
















PETALING JAYA: Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dipecat, Mejar Zaidi Ahmad akhirnya membuat keputusan untuk menyertai PAS, lapor beberapa portal berita. 

Zaidi, yang sebelum ini pernah mengumumkan beliau akan menyertai Pakatan Rakyat selepas dia dipecat, berkata dia memilih PAS kerana parti itu lebih dekat dengan Islam. 

Zaidi juga dilaporkan berkata dia berharap dapat memainkan peranan untuk menyatukan Pakatan Rakyat yang dilihat berhadapan dengan banyak krisis dalaman lewat kebelakangan ini. 

"Saya akan cuba memainkan peranan untuk menyatakan Pakatan, terutamanya ketika hendak menghadapi pilihan raya umum," katanya yang dipetik sebagai berkata. 

Beliau dilaporkan berkata Pakatan sedang berhadapan dengan kepayahan selepas Ketua Pembangkang, Datuk Anwar Ibrahim dipenjarakan, namun beliau berharap apa pemimpin baharu yang dapat menyatukan ketiga-tiga parti. 
Pada 12 Januari lalu Mejar Zaidi didapati bersalah di Mahkamah Tentera di atas dua dakwaan melanggar protokol semasa mendedahkan masalah dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum Mei 2013 dan dihukum buang kerja daripada perkhidmatan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Sumber :Mstar

Ulasan DBS
DBS ucapkan selamat berjaya kepada Mejar dalam melalui liku-liku berduri dalam politik.harap aktif jangan hanya muncul pabila PRU menjelang tiba

Himpunan sokong anwar tak dapat sambutan







Hanya Kira-kira seramai 400 orang gabungan mahasiwa dan anak muda berhimpun di pusat membeli belah Sogo petang sabtu 14/2/2015 sebagai sokongan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Sumber: Malaysiakini


Ulasan DBS
Reformasi 99 nampaknya sukar untuk diulangi.Krisis di dalam Pakatan Rakyat masih belum selesai